Advertise

Yang Lain-lain

Pasal Aku.

My photo
Je m’appelle Nurul Syazwana Binti Che Wahab. J’ai 18 ans. Je suis Malaisienne. Je viens de Kuala Lumpur, mais depuis l’âge de 14 ans j’ai vécu à Manjung, Perak. Je suis étudiante en art culinaire à l’UiTM Pulau Pinang. Je parle trois langues, le Malais, l’anglais, et un peu Français. Je suis né à Kuala Lumpur. J’aime jouer au hockey. J’adore la lecture surtout les romans anglais. J’aime aussi écouter de la musique. J’aime l’Audi R8 et tous types de moto. Je déteste le karaoké. my myspace, syzcwa_life@walla.com. facebook, nurul_syazwana@yahoo.com yahoo, nurul_syazwana@yahoo.com

Friday, January 22, 2010

Watak Sampingan Yang Tak Berapa Sampingan.

Hazellyna Bt. Mohd Aidil
-yang paling ketara sekali, dia ni seorg yang cepat percaya dengan orang terutama kawan-kawannya. gaya pakaiannya simple tapi tetap bergaya dan sentiasa bersikap cool terhadap sesiapa sahaja. dia tidak suka di sentuh oleh lelaki. apabila tertekan, merokok menjadi pilihannya. suka sukan bermotor "motocross". keluarganya berfikiran terbuka dan bebas menjadikan dia bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.



Amber Lee Carter
-setia kawan. dia tak akan pernah kecewakan dan tikam kawan dari belakang. nilai persahabatannya amat tinggi dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. dia adalah teman rapat Ziehan sejak Ziehan tiba di Convent. sering ke rumah Ziehan untuk belajar bersama-sama. ibu bapanya sudah bercerai menjadikan dia lebih rapat bersama-sama rakan. dia beragama kristian, tetapi tidak berapa mengamalkannya. bagi dirinya, dia tidak kisah berkawan dengan sesiapa walaupun berbeza agama, bangsa dan warna rambut dan kulit.



Syarifah Fea Nurliyana Bt. Syed Sobri Al-Ghazali
-dalam cerita ni, dia adalah kawan, girlfriend, tunang, dan isteri Ashraff. dia dan Ashraff kenal sejak kecil lagi. berketurunan Syed dan berlatar-belakangkan keluarga yang baik dan di hormati. dia amat gemar melukis dan berkebun. dia cekap belajar sesuatu yang baru. style pakaiannya sinonim dengan umurnya dan kerjayanya sebagai arkitek. pada hujung minggu dia menghabiskan masa terluang dengan keluar bersama rakannya.



Aishah Bt. Sharif Shigekazu Yasashiku
-mix-blood. seorang yang aktif bersukan terutama dalam acara balapan. dia seorang yang kurang gemar bersosial dengan rakan yang lain namun dia tetap seorang yang peramah. oleh itu, dia lebih suka menyendiri di perpustakaan sekolah terutama waktu rehat. tidak suka orang bertanya dan membangkitkan kisah silamnya. arif mengenai agama. sederhana dalam gaya pemakaiannya. dia lebih bersikap realistik dan lebih suka memerhati serta mentafsir sesuatu keadaan.



Tengku Eiden Zariff Bin Tengku Alif Hymen
-suka menduga. seorang yang kelam kabut dan banyak bercakap. dia amat patuh kepada ibu bapanya. peramah yang tak tentu tempat. apabila dimarahi, dia dengan pantas menukar topik. pakaiannya sentiasa kemas dan menepati ciri-ciri sesuatu majlis yang di hadiri. dia bukanlah seorang yang agresif seperti Ziehan. tidak suka berdendam, berfikiran optimis dan rasional apabila membuat keputusan. setiap lawak yang dibuatnya tidak pernah Ziehan gelak, itu membuatkan dia dan Ziehan sering bertengkar.



Nicholas Charlz
-dari New York. masuk ke Convent semasa tingkatan 5. sekelas dengan Ziehan. seorang yang banyak bertanya dan merimaskan Ziehan. dia banyak mengeluarkan idea-idea yang bernas. sekutu dengan Fadz dan Jesp apabila mengenakan orang. suka mengikuti Amber ke rumah Ziehan. menyuruh Zaffran menggunakannya sebagai "teman wanita palsu" untuk membuat Hazel cemburu. cara berpakaiannya menepati fesyen seperti gadis di New York dan sering "up-to-date".

3 comments:

  1. pergghhhh syarifah sofea nurliyana bt syed sobri alghazali.mcm nama yana la weh hahhaha

    ReplyDelete
  2. syarifah fea nurliyana lah...
    combination nama Faezah dengan Yana. hahaha... XP

    ReplyDelete
  3. 'Syarifah Fea Nurliyana Bt. Syed Sobri Al-Ghazali'
    aku suke doe name nie . kepala faezah , badan aku . HAHA :DD

    -liyana sobri

    ReplyDelete