Advertise

Yang Lain-lain

Pasal Aku.

My photo
Je m’appelle Nurul Syazwana Binti Che Wahab. J’ai 18 ans. Je suis Malaisienne. Je viens de Kuala Lumpur, mais depuis l’âge de 14 ans j’ai vécu à Manjung, Perak. Je suis étudiante en art culinaire à l’UiTM Pulau Pinang. Je parle trois langues, le Malais, l’anglais, et un peu Français. Je suis né à Kuala Lumpur. J’aime jouer au hockey. J’adore la lecture surtout les romans anglais. J’aime aussi écouter de la musique. J’aime l’Audi R8 et tous types de moto. Je déteste le karaoké. my myspace, syzcwa_life@walla.com. facebook, nurul_syazwana@yahoo.com yahoo, nurul_syazwana@yahoo.com

Friday, December 25, 2009

IMAN ZIEHAN


Kehidupan sebagai seorang remaja yang serba biasa dan terlampau sederhana berubah dengan terlampau drastik! Kehadiran keluarga kandung yang tidak dia ingini menimbulkan berjuta-juta persoalan dalam fikirannya. Kerana terpaksa, dia menurut. Namun perwatakannya tidak digemari. Kahadiran dirinya dipersoal oleh saudara kandung sendiri. Berada di tempat dan suasana yang baru bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Masalah yang timbul kian bertimbun. Jika satu masalah selesai, masalah yang lain akan timbul.

Segala tindakan yang dilakukan dengan selamba dan bersahaja. Namun, sebenarnya dia terlampau dahaga. Dahagakan kasih sayang keluarga yang sebenar. Dalam perjalanan mencari kasih sayang dia berubah. Dia berubah menjadi pendiam, perahsia, pemarah dan fikirannya selalu melayang. Hati yang tersedia luka bertambah parah apabila abang sendiri merobeknya dengan pisau berasid. Belum sempat hati dirawat, sahabat sendiri mempercayai fitnah yang ditaburkan. Di mana harus dicurahkan rasa hati? Ke mana harus dibawa diri sewaktu fikirannya buntu memikirkan penyelesaian?

Dendam kesumat harus dibalas dengan apa cara sekalipun. Walaupun ia adalah darah daging sendiri. Hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa. Dirinya di bawah bayangan bahaya setiap detik masa. Tetapi dia tidak menyedari bahayanya sehinggalah orang tersayang dibunuh di hadapan matanya sendiri. Risiko kehilangan harta pusaka tidak menjadi kepentingannya. Misi mencari kebenaran dan kebahagiaan menjadi keutamaan. Ilmu didada menjadi lampu untuk memandu dirinya ke laluan yang sebenar mencari sang kegelapan.

Dalam mencari erti cinta sebenar, dia diulit masalah cinta rakan-rakan dan juga abang dan kakak. Dia merasakan dia tidak memerlukan seseorang untuk menyintainya dan untuk dicintainya. Oleh kerana alasan kesibukan dan tanggungjawab cinta itu jauh tercicir di lubuk hati. Kehadiran si dia, hanya dipandang enteng. Keegoan diri tercacak tinggi dan teguh. "Cinta hanya permainan jiwa". Sudahnya, dirinya di jauhi.


"mampukah aku menduga lautan dalam yang bergelora dipenuhi jerung lapar dan duri beracun? siapakan diri aku yang sebenarya? sehingga bila aku akan terus diselubungi sejarah silam? dapatkah aku menyelamatkan institusi yang bernama keturunan kekeluargaan? bolehkah aku bahagia bersama dia yang di gelar sang pencinta? hanya diriku yang dapat menjawab persoalan itu..." - TIZ.


5 comments:

  1. double thumbs up ! :)

    ReplyDelete
  2. novel, wana? wow
    gud luck and keep up the good work :D


    p/s: cuti2 ni apsal x nmpak muka? hahaha.

    ReplyDelete
  3. waahh . baek punya . hehe . thumbs up yaw ! ;D hope u'll be the best novel writer one day . :) i'll pray for you . may god bless your line . jia yuk wana ! :)

    ReplyDelete